KURASAKELAT
Thursday, September 29, 2011
kebahagiaan saljuuuu...
Sedang tangan gua yang masih terasa kedinginan salju ni menggodam PC si pejal, gua terlihat fail Winter Sonata. Perrghh,,, memang setepat-tepat tyme la rasanya untuk mengalunkan jiwa ragaku yang bahagia nih.. Winter Sonata yang pernah mengalunkan jiwa gua dulu ketika dibuai cinta pertama kini bertandang lagi ke cinta terakhir gua. Gua x kisah lu nak muntah ke pe.. gua pikir bahagia je skang... tapi cinta terakhir gua nih, gua sendiri buat filem winter sonata II.. tp sikit je kureng menjadi sikit sebab gua x berani nak men guling-guling dalam salji sejuk beku tu. gua rasa salji winter sonata tuh takat suhu bilik je kot..... hm.. logik-logik
Saturday, May 28, 2011
lu langsi lu mati....
Semalam tyme gua tgh sedap berdengkur gua telah menerima anugerah teragung dalam PhD profesional, seni muzik dan perfileman. So, gua rasa agak terpanggil untuk membicarakan di dlm blog gua lepas nih filem-filem yang dikeluarkn di pawagam-pawagam sekadar untuk berkongsi. Anugerah teragongkan. Rasa mcm x menjalankan tanggungjawab lak kan kalu x komen2 siket gitu.
"u show off u'll die" filem ni megisahkan seorang pemuda, Tumulak(Shaheizi sam) juga berkebolehan dlm tomoi yg bekerja dgn tycoon thai utk mengucarngacirkan(sori bm gua failed) taiko-taiko di KL. Pelakon len gua x kenal sbb gua rasa Sam lah yg mberi big effect dlm filem nih. first impreesion Sam ntuk m'kategori kn filem nih sbg aksi komedi berjaya. So tahun dpn gua vote ntuk lu mng anugerah bintang popular lg. Motif kucar-kacir x jelas, aksi lompat kt petaling street katun, n bdn ko Sam xde shape lgsung. gua yg training boxing x smpi sebulan ni pn bdn dh mengiurkn la (hahaha!!!). inikan pulak Tumulak tomoi tegar x tumbang dek lwn tu kan. lps nih kompom kuar Kongsi 2 kn Farid kamil. Lu direct dh ok tu, touch up2 siket jer. yang pasti merungkai kisah2 tergantung filem first nih n camner kimpedu leh lumpuh (mention kt member gua yg kutuk filem nih tergantung la). Dari 5 gua kasi 3 steng star ntuk filem nih.
Satu lagi, filem Nurkasih da movie. Jalan citer ok la n ending dier, yg nur nyanyuk x hengat saper tu kn n aidil duk citer kisah diorg ntuk Nur hengat blk tuh, ada siket2 ciplak satu citer omputih gua dh tgk.(lupa di sini Tajuk de). Gua rase aliran filem sebegini mmg serah je kt Kabir Bhatia yg memang pakar. Dia bnyk buat fenomena baru ler kirenyer dlm industri perfileman kt m'sia nih dlm filem-filem nye yg lps. So director len x yah bwat filem lah gua xnk tgk lu punyer. Untuk Kabir, gua bg 3 star. Syabas mr sahab...
Tuesday, May 24, 2011
malaikat..
Prennnggg..preng... gua selamber test motor yang gua pinjam dari member gua ni. yamaha lagenda biru 110cc. Mana tau ader mat rempit nak ajak sekilo ngan gua. Untung badan dapat 'hadiah' gua buleh kekah kan.(ceh puyos). Gua pulas abes. Meter menunjukkan 110km/j. Hati gua makin panas. Jalan tempat gua nak balik nih memang sesuai nak lenjan motor berkuasa kuda nih, kuasa siput toksah mimpi. Dah nak hampir tiang lampu ke seribu tak salah gua, gua rasa lain macam. Enjin mati. Gua pull over. Gua rasa motor ni semput. almaklumlah pompuan yg pki selama nih mau tak naik lemak motor dier(sori owner). Gua try start balik. Ah! sudah. Tgk sekelling takde sebiji umah pun. Hanya tiang lampu ni jer yang sudi menemani gua tyme tuh. Jam 1 pagi. Mimik muka gua dh menunjukkan muka panik. Gua bwat cara manual. Tolak motor trus masuk gear ntuk start. Tak jadi. gua buka tank minyak. ceh! gua lupa nak tuang lak. Ni betul-betul kene wat cara manual ni (tolak motor ler). Tiba-tiba gua nampak cahaya. serius. cahaya tu makin dekat dan menerangi gua. Gua rileks. "naper dik". umpama malaikat menegur gua. Kereta Pigeuot berhenti sebelah gua. 0% downpayment, ansuran hingga 10 tahun kereta nih penah buat promosi tyme gua maseh study dlu. gua hampir-hampir jer nak angkat kete ni. "minyak habis la pak cik. makcik", gua jawab. " tak pe, tunggu sini jangan pegi mane2". Gua rileks jer walaupun hati jahat gua dah bisik pakcik n makcik tu nak pggil bebudak ramai siket kot nak culik gua. Cahaya lagi. "nah dik". sebotol minyak 1.5 liter gua sambut senyum." trimas pakcik, makcik". Sedang gua asik menuang kereta tu blah. alamak gua luper nak tnyer duit minyak nih. Lagi kurang ajar gua x tnyer pn nama n duk mana? Buat uncle n untie tq very much. i'll pray for ur happiness dunia akhirat, x lupa juga moga jodoh berpanjangan... amin.
Monday, May 16, 2011
Epi guru n nurses Day
Buleh gitu...? Tak kisah ler gua malas nk tulis entry panjang2. Gua ingat ade la berdozen-dozen member gua yg tergolong dlm profesi di atas. Kepada nurse-nurse cun epi nurses day sepanjang 6- 12 Mei. Panjang uoll nyer hari. Hari guru ni lak disambut tarikh berbeza setiap negara. Kita sambut ler time Tun Abdul Razak punyer report tu diendorsed coz jadi asas sistem pendidikan kat Malaysia ni iaitu 16 Mei. So korang jangan confuse lak kalu korangnyer member-member mat saleh celup o latin bagai tu celebrate hari lain. Teringat balik awek yang gua first time kenal ala-ala latin gak time skool dlu (pergh.. gua dh mula perasan). Time Hari guru jugak ler. Gua baru jer abes belakon jd hero pementasan sempena Hari Guru (gua perasan lg). Gua selambe jer tahan awek tu tepi jalan time nk blk skool walaupun time tu gua dh ade awek(gua mmg perasan). Tu belum masuk scene gua jatuh cinta ngan sorang cekgu kt skool gua lepas pindah skool form 4 lg nih. Sekolah gua ni memang jenis produce cikgu brand anak dara beb. Cun meletop tak yah citer. Kalu nak harap sekolah lamer gua kat kampung memang jenis mak-mak jer korang jumper (...raya mintak maap yer cikgu). Kalu ader pun time tu korang tak baligh lagi (standard skool la). gua malas nak story, takut dilabel mempengaruhi budaya-budaya negatif kat budak skool lak. Tapi skang gua nak pose baiknyer hensem layan nurse jer tepi bus stand harap-harap sangkut sorang (tak habes lagi perasan gua penyer)........ gila ko gua nak buat, jiwa dah tua ler.
Sunday, May 15, 2011
Hidup Kembali...
Pergh.. dh mcm rumah hantu blog gua ni ditinggalkan. Akhirnya setelah kembali ke negeri tanah tumpah darah ku barulah jiwa ku tenang. Rindu kampung halaman dan bebas dari kerja-kerja dunia yang ternoda. Sori, gua memang sgt feeling time ni nk menzahirkan rasa kesyukuran gua. Walaupun berteman kan nyamuk-nyamuk pantai bakau di hujung dunia malaya ni, namun gua sangat terpukau dek nikmat tuhan yang diberi. Ibarat meneguk sirap ais dikala berbuka puasa, ibarat membuang hajat di jamban setelah beratur panjang, ibarat ku berjumpa bidadari surga di dunia ini. .........................................................................(gua tgh asik berfeeling)
Wednesday, February 9, 2011
Egypt n Gua
Esok bermulalah revolusi kerjaya gua yang akan ke Gemas selama sebulan. Penghijrahan gua nih takder kene mengena dengan revolusi rakyat mesir nak jatuhkan Hosni Mubarak. Nasib baik gua tak masuk keje lagi walaupun kena tempias sikit dek kelewatan kerajaan bawa balik rakyat malaysia yang stuck kat sana. Maklumlah, hal-hal keselamatan luar negara nih memang dah jadi tanggungjawab profesion gua. Rakyat mana yang tahan diperintah diktator malahan pro Israel dan Amerika (khabarnyalah sebab gua pun bukan duk Mesir). So, harap-harapnya Ikhwanul muslimin lepas ni perintahlah seadil-adilnya sebab gua rasa tak lama dah tu. 30 tahun ma.. cina kata apa U mau lagi(chinese new year kan).Dan yang gua paling harap bola sepak Mesir tak jatuh bersama hendaknya. (mana ada negara islam yang dapat ranking top 10 dunia kan.) So, gua harap kat malaysia tak jadi revolusi rakyat sebegitu. Dapatlah gua goyang kaki. Bukan nak lari dari tanggungjawab, tapi kalau dah melibatkan profesion gua, alamat dah tahap darurat lah tu maknanya. Akhir kata gua harap lagi Mesir menang lah segalanya, terutama friendly lawan US sabtu nih...
Sunday, January 9, 2011
dua ribu sebelas...
Gua ingat nk tunggu 11.1.11 baru gua nak try tulis balik blog gua yang dah bersawang ni. Tarikh-tarikh cun macam ni memang sudah jadi favourite umat manusia nak buat sesuatu. Tapi time ni je yang gua ada untuk menyerabutkan lagi blog gua ni. Memang gua busy gila. Serius. Sepanjang pemergian gua tak menulis blog ni sudah beberapa siri tidur lebih 12 jam gua laksanakan. Start petang sampai ke esok paginya gua tidur tak ingat dunia. Entah bila gua nak qada' maghrib-maghrib dan isyak yang gua tinggal tu (gua tak bangga k..). Tahun lepas meninggalkan banyak kenangan yang hanya akan tingal kenangan. Gua graduate juga akhirnya tahun lepas setelah lima tahun hidup tak macam manusia untuk dapatkan segulung degree ni. Gua jumpa kembali member-member lama gua secara pukal. Gua kene tumbuk seminggu straight walaupun mak gua cuma pernah ajar gua tumbuk lada jer guna lesung dalam kejohanan tinju yang masuk. Tapi berbaloi juga gua dapat ler jajan(Johor k..) yang gua dah kekah bersama member-member gua yang claim sokong gua sampai hilang suara. Dan tak perlulah rasanya gua listkan semua sebab memang gua dah tak ingat pun. So tahun ni gua nak berazam lebih baik dari tahun lepas(itulah azam gua setiap tahun sebenarnya). Dan blog gua ni pun gua nak padatkan dengan informasi lebih berilmu sikit. Bukanlah setakat nak beritahu yang buah hati gua player bola sepak Malaysia(gila menyampah blog tu punyer owner). So perjalanan awal gua tahun ni dimulai dengan permulaan karier gua sebagai kakitangan kerajaan. k... gua dah busy balik nih...
Subscribe to:
Posts (Atom)