Sunday, January 9, 2011

dua ribu sebelas...

Gua ingat nk tunggu 11.1.11 baru gua nak try tulis balik blog gua yang dah bersawang ni. Tarikh-tarikh cun macam ni memang sudah jadi favourite umat manusia nak buat sesuatu. Tapi time ni je yang gua ada untuk menyerabutkan lagi blog gua ni. Memang gua busy gila. Serius. Sepanjang pemergian gua tak menulis blog ni sudah beberapa siri tidur lebih 12 jam gua laksanakan. Start petang sampai ke esok paginya gua tidur tak ingat dunia. Entah bila gua nak qada' maghrib-maghrib dan isyak yang gua tinggal tu (gua tak bangga k..). Tahun lepas meninggalkan banyak kenangan yang hanya akan tingal kenangan. Gua graduate juga akhirnya tahun lepas setelah lima tahun hidup tak macam manusia untuk dapatkan segulung degree ni. Gua jumpa kembali member-member lama gua secara pukal. Gua kene tumbuk seminggu straight walaupun mak gua cuma pernah ajar gua tumbuk lada jer guna lesung dalam kejohanan tinju yang masuk. Tapi berbaloi juga gua dapat ler jajan(Johor k..) yang gua dah kekah bersama member-member gua yang claim sokong gua sampai hilang suara. Dan tak perlulah rasanya gua listkan semua sebab memang gua dah tak ingat pun. So tahun ni gua nak berazam lebih baik dari tahun lepas(itulah azam gua setiap tahun sebenarnya). Dan blog gua ni pun gua nak padatkan dengan informasi lebih berilmu sikit. Bukanlah setakat nak beritahu yang buah hati gua player bola sepak  Malaysia(gila menyampah blog tu punyer owner). So perjalanan awal gua tahun ni dimulai dengan permulaan karier gua sebagai kakitangan kerajaan. k... gua dah busy balik nih... 

Tuesday, December 7, 2010

Kecek ke Ghoyak

Sedang gua belek-belek baju yang gua takkan beli kat Sogo tadi, gua terserempak dengan salah seorang idola hidup gua. Ustaz Azhar Idrus. Gua ulang Ustaz Azhar Idrus. Serius (eja kena betul.). Dengan hati yang cukup teruja gua terus meluru pantas ke arah beliau. Walaupun ceramah-ceramahnya yang gua follow tak seberapa banyak tu dan tak berapa faham juga kerana kecekan kelate beliau, namun gua cukup kagum dengan ilmu dan pendekatan beliau menyampaikan ceramah. Gua terus mengejar dan mengejar, manalah tau dapat autograf buat berkat hari pertama gua tahun baru hijrah ni. Tapi gua rasa darjat kami ketara bezanya, gua tak dapat nak sedekah seyuman pun kat idola gua tu. On the way balik, gua story pertemuan gua tadi kat Jerri, member gua dari Kelantan. Tapi dia jawab " dia tu sape?" terus gua confuse. "ustaz ni kecek kelate ke ghoyak ganu.."

Monday, December 6, 2010

SALAM...

Dah dekat sebulan lebih gua janji ngan Kitat gua nak belajar buat blog. Tapi janji hanya tinggal janji. Last-last gua buat sendiri. Tapi bukan tu yang gua nak story. Kitat ni dapat nama sempena mulut dia ngan longkang yang memang takde beza. Pu** + Ke*** or Ka** + Pan*** sama jer, Kitat juga bunyinya. Ade awek tapi kene kebas ngan member gua jugak. Tapi bukan tu yang gua nak story. Gua buat blog sebab terpengaruh dengan dunia blog yang menular ketika ini. So, no wonder la blog gua ade sikit-sikit macam sama dengan orang lain. Tapi bukan tu yang gua nak story. Sikit masa lagi gua nak masuk keje. Tapi macam biasa lumrah manusia tak penah suka dengan apa yang kita ada. Tu yang gua frust ni. Ni pun salah satu sebab gua buat blog. Dulu mak gua dah suruh gua jadi cikgu dah. Kalau tak gua dah pakai speck bawa beg besar, kiri kanan penuh buku murid-murid dengan rotan sebatang terselit kat ketiak. Ade sikit kekesalan juga kat jiwa gua ni. Bila gua pikir balik baik gua redah je la masa depan gua. Orang kata tu rezeki tuhan bagi........... Tapi bukan tu yang gua nak story.