Tuesday, December 7, 2010
Kecek ke Ghoyak
Sedang gua belek-belek baju yang gua takkan beli kat Sogo tadi, gua terserempak dengan salah seorang idola hidup gua. Ustaz Azhar Idrus. Gua ulang Ustaz Azhar Idrus. Serius (eja kena betul.). Dengan hati yang cukup teruja gua terus meluru pantas ke arah beliau. Walaupun ceramah-ceramahnya yang gua follow tak seberapa banyak tu dan tak berapa faham juga kerana kecekan kelate beliau, namun gua cukup kagum dengan ilmu dan pendekatan beliau menyampaikan ceramah. Gua terus mengejar dan mengejar, manalah tau dapat autograf buat berkat hari pertama gua tahun baru hijrah ni. Tapi gua rasa darjat kami ketara bezanya, gua tak dapat nak sedekah seyuman pun kat idola gua tu. On the way balik, gua story pertemuan gua tadi kat Jerri, member gua dari Kelantan. Tapi dia jawab " dia tu sape?" terus gua confuse. "ustaz ni kecek kelate ke ghoyak ganu.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment