Tuesday, December 7, 2010

Kecek ke Ghoyak

Sedang gua belek-belek baju yang gua takkan beli kat Sogo tadi, gua terserempak dengan salah seorang idola hidup gua. Ustaz Azhar Idrus. Gua ulang Ustaz Azhar Idrus. Serius (eja kena betul.). Dengan hati yang cukup teruja gua terus meluru pantas ke arah beliau. Walaupun ceramah-ceramahnya yang gua follow tak seberapa banyak tu dan tak berapa faham juga kerana kecekan kelate beliau, namun gua cukup kagum dengan ilmu dan pendekatan beliau menyampaikan ceramah. Gua terus mengejar dan mengejar, manalah tau dapat autograf buat berkat hari pertama gua tahun baru hijrah ni. Tapi gua rasa darjat kami ketara bezanya, gua tak dapat nak sedekah seyuman pun kat idola gua tu. On the way balik, gua story pertemuan gua tadi kat Jerri, member gua dari Kelantan. Tapi dia jawab " dia tu sape?" terus gua confuse. "ustaz ni kecek kelate ke ghoyak ganu.."

Monday, December 6, 2010

SALAM...

Dah dekat sebulan lebih gua janji ngan Kitat gua nak belajar buat blog. Tapi janji hanya tinggal janji. Last-last gua buat sendiri. Tapi bukan tu yang gua nak story. Kitat ni dapat nama sempena mulut dia ngan longkang yang memang takde beza. Pu** + Ke*** or Ka** + Pan*** sama jer, Kitat juga bunyinya. Ade awek tapi kene kebas ngan member gua jugak. Tapi bukan tu yang gua nak story. Gua buat blog sebab terpengaruh dengan dunia blog yang menular ketika ini. So, no wonder la blog gua ade sikit-sikit macam sama dengan orang lain. Tapi bukan tu yang gua nak story. Sikit masa lagi gua nak masuk keje. Tapi macam biasa lumrah manusia tak penah suka dengan apa yang kita ada. Tu yang gua frust ni. Ni pun salah satu sebab gua buat blog. Dulu mak gua dah suruh gua jadi cikgu dah. Kalau tak gua dah pakai speck bawa beg besar, kiri kanan penuh buku murid-murid dengan rotan sebatang terselit kat ketiak. Ade sikit kekesalan juga kat jiwa gua ni. Bila gua pikir balik baik gua redah je la masa depan gua. Orang kata tu rezeki tuhan bagi........... Tapi bukan tu yang gua nak story.