Sunday, January 9, 2011
dua ribu sebelas...
Gua ingat nk tunggu 11.1.11 baru gua nak try tulis balik blog gua yang dah bersawang ni. Tarikh-tarikh cun macam ni memang sudah jadi favourite umat manusia nak buat sesuatu. Tapi time ni je yang gua ada untuk menyerabutkan lagi blog gua ni. Memang gua busy gila. Serius. Sepanjang pemergian gua tak menulis blog ni sudah beberapa siri tidur lebih 12 jam gua laksanakan. Start petang sampai ke esok paginya gua tidur tak ingat dunia. Entah bila gua nak qada' maghrib-maghrib dan isyak yang gua tinggal tu (gua tak bangga k..). Tahun lepas meninggalkan banyak kenangan yang hanya akan tingal kenangan. Gua graduate juga akhirnya tahun lepas setelah lima tahun hidup tak macam manusia untuk dapatkan segulung degree ni. Gua jumpa kembali member-member lama gua secara pukal. Gua kene tumbuk seminggu straight walaupun mak gua cuma pernah ajar gua tumbuk lada jer guna lesung dalam kejohanan tinju yang masuk. Tapi berbaloi juga gua dapat ler jajan(Johor k..) yang gua dah kekah bersama member-member gua yang claim sokong gua sampai hilang suara. Dan tak perlulah rasanya gua listkan semua sebab memang gua dah tak ingat pun. So tahun ni gua nak berazam lebih baik dari tahun lepas(itulah azam gua setiap tahun sebenarnya). Dan blog gua ni pun gua nak padatkan dengan informasi lebih berilmu sikit. Bukanlah setakat nak beritahu yang buah hati gua player bola sepak Malaysia(gila menyampah blog tu punyer owner). So perjalanan awal gua tahun ni dimulai dengan permulaan karier gua sebagai kakitangan kerajaan. k... gua dah busy balik nih...
Subscribe to:
Posts (Atom)